30 August 2007

SALAM KEMERDEKAAN

Sempena 31 Ogos 2007 ini saya selaku Blogger Blog PKG Klang Bandar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 50 tahun. Semoga kemerdekaan yang dianugerah oleh Allah ini dapat menginsafkan kita untuk berbuat baik sepanjang masa terutama pada negara tercinta

MERDEKA....! MERDEKA...! MERDEKA...!

29 August 2007

jangan hanya harap bendera percuma


Utusan Malaysia, 28 Ogos 2007

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Lebih 12.8 juta pemilik kenderaan di negara ini digesa menunjukkan patriotisme dengan memasang sendiri Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing dan tidak mengharapkan bendera percuma semata-mata.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, harga satu set Jalur Gemilang ialah RM1.80 hingga RM2 sahaja dan semua orang mampu membelinya.

‘‘Ini tanah air kita. Kita hidup di sini dan mati di sini. Membeli sehelai bendera kecil tidak sampai pun RM2, jadi kami (kementerian) berpendapat mari kita uji orang berkenderaan di bandar supaya keluar wang dan beli bendera kecil untuk kenderaan masing-masing.

‘‘Sudah tiba masanya untuk kita berhenti menghulur bendera kecil kepada semua kenderaan di tanah air,’’ katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shaari Hassan (BN-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Shaari membangkitkan kenapa pemasangan bendera pada kenderaan di kawasan bandar kelihatan kurang meriah berbanding di kawasan kampung.

Menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai isu Wee Meng Chee yang didakwa menghina lagu Negaraku, Rais berkata, hanya mahkamah sahaja berhak menentukan bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas pelajar itu.

‘‘Kita memberi ruang kepada sistem perundangan tanah air mengambil tindakan terhadapnya,’’ ujarnya.

22 August 2007

Lagu 'Malaysiaku Gemilang' Sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

13 August 2007

KURSUS SELENGGARA KOMPUTER

En. Ahmad Sapuan dari SMJK Chung selaku Fasilitator 1


En. Anwar Shahrir selaku Fasilitator 2


Sebahagian peserta kursus yang hadir


PKG Klang Bandar telah menganjur Kursus Selenggara Komputer pada 13 Ogos 2007 di Makmal Komputer SK Kampung Jawa Klang. Seramai 31 orang guru daripada kalangan sekolah ahli telah menghadiri kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru yang terlibat mengenai cara-cara yang betul menyelenggara komputer yang bermasalah.

Kursus sehari ini telah disampaikan oleh En. Sapuan Ahmad Khir dari SMJK Chung Hwa dan En. Anwar Shahrir dari SK Jalan Kebun.




09 August 2007

08 August 2007

TAKZIAH

AlFatihah..
Seluruh Warga PKG Klang Bandar ingin merakam ucapan Takziah kepada Keluarga Wak Hamami b. Deman (Pemandu PSPN Selangor ) yang meninggal dunia pada 7 Ogos 2007 di Hospital Besar Alor Star. Semoga allah mencucuri rahamt ke atas rohnya dan diletak bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin..

06 August 2007

PROGRAM GERAKAN TABIAT MEMBACA DAERAH KLANG

Program Gerakan Tabiat Membaca Daerah Klang telah diadakan di PKG Telok Gadong pada 6-10 Ogos 2007. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para guru PSS Daerah Klang mengenai cara-cara menggerakkan program mambaca di kalangan sekolah masing-masing

03 August 2007

BENGKEL PEMBUGARAN NILAM UNTUK GURU PENYELARAS NILAM


Bengkel Pembugaran NILAM untuk guru-guru NILAM Zon PKG Klang Bandar telah diadakan pada 2 Ogos 2007. Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh En. Nor Ahmad b. Khamzah selaku Jurulatih Utama PSS Negeri Selangor. Seramai 31 orang guru penyelaras program Nilam sekolah telah menghadiri program ini.

KURSUS PENGGUNAAN BAHAN KURSUS PELBAGAI MEDIA

Pada 1 Ogos 2007 PKG Klang Bandar telah menganjur Kursus Penggunaan Bahan Kursus Pelbagai Media. Kursus ini ini telah dihadiri oleh seramai 31 orang guru perpustakaan media dari kalangan sekolah ahli PKG Klang bandar. Pn. Siti Amarah bt.Adnan dari PSPN Selangor telah mengendalikan kursus ini dari mula hingga akhirnya.

PENERBITAN DIREKTORI PROFIL PUSAT AKSES SEKOLAH

Sekolah-sekolah yang telah dibekalkan dengan Pusat Akses Sekolah dalam Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Bahan-bahan ini akan diolah untuk tujuan penerbitan direktori. Bahan-bahan dimaksudkan ialah :


  1. Imej

1.1 Lencana Sekolah (imej yang jelas)

1.2 Gambar Sekolah (5 atau lebih imej pelbagai sudut yang jelas dan boleh dikenal pasti)

1.3 Gambar Pusat Akses (5 atau lebih imej di luar bilik, dalam bilik, aktiviti-aktiviti dalam Pusat Akses)

1.4 Diagram Susun Atur Model Pusat Akses (rujuk contoh Lampiran 1a).

  1. Maklumat Sekolah

2.1 Nama dan Kod Sekolah (cth : JBA 5033)

2.2 Alamat Lengkap

2.3 Gred Sekolah

2.4 Sesi Persekolahan

2.5 Kategori

2.6 Fasa Pusat Akses (Fasa 1/Fasa 2/Fasa 3)

2.7 No. Telefon Sekolah

2.8 No. Faks Sekolah

2.9 E-mail Sekolah

SILA HANTAR BAHAN TERSEBUT KE PKG KLANG BANDAR SEBELUM 10 MAC 2007