28 July 2007

Akhirnya..



setelah empat tahun berhempas pulas belajar secara jarak jauh, akhirnya saya dapat menamatkan Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Open University Malaysia. Majlis Konvokesyen akan diadakan di PWTC pada 29 Julai 2007 mulai jam 8.00 pagi.

Konvokesyen OUM

Konvokeseyen OUM kali keempat telah berlangsung di PWTC mulai 28 - 30 Julai 2007.
Antara ribuan pelajar OUM yang terlibat dengan Konvokesyen ini ialah 5 orang Pegawai Teknologi Pendikikan Negeri Selangor iaitu En. Shahbudin Seli, En. Alias b. Samsudin, En. Azman b. Larot, En. Zainal Abidin b. Sanip dan En. I'mran b. Said.

25 July 2007

Mesyuarat Penyelarasan PKG Daerah Klang


Mesyuarat PKG Daerah Klang telah diadadakan pada 24 Julai 2007 di PKG Telok Gadong. Semua PTP DGA 29 & DGA 32 telah hadir.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Ab. Salam dan telah membincangkan beberapa perkara yang penting.


PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG



PKG Klang Bandar telah mengadakan Program Khidmat Bantu PSS di SK jalan Kebun Pada 24 -26 Julai 2007.

Pemantapan PSS dan Rakan Pembaca Daerah Klang




Program Pemantapan Pusat sumber Sekolah dan Rakan Pembaca Daerah Klang telah diadadakan di Dewan Merak SMK Meru, Klang pada 9 Julai 2007 yang lalu.
Program ini telah dihadiri oleh semua pengetua/Guru Besar dan Guru Perpustakaan Media daerah Klang. Tujuan program ini dalah untuk memberi pendedahan kepada golongan sasaran tentang prnggredan PSS dan aktivit rakan pembaca dalam Program NILAM.